Slide show

[Horror][slideshow]

SAKA - RAWATAN AWAL MEMUDAHKAN KESEMBUHAN











Dunia Seram - Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bagi pesakit gangguan saka yang telah dikenal pasti bolehlah mengamalkan amalan pemutus saka seperti terdapat dalam blog ini dibaca sekali selepas solat lima waktu selama sebulan

Bagi yang tidak dapat mengenal pasti gangguan boleh juga cuba membacanya.Andai ada respon seperti menangis,seram sejuk, getaran dan lain-lain maka kemungkinan terdapat gangguan jin saka adalah besar.Mendahulukan rawatan saka menyebabkan proses penyembuhan gangguan akibat sihir menjadi lebih mudah.

Saka bukanlah satu penyakit yang berat/sukar untuk dirawat.Mentaliti sebegini menyebabkan kesembuhan jadi sukar kerana sangkaan yang salah telah tertanam di dalam minda sebegitu lama. Sangkaan suatu penyakit itu sukar sembuh,jin tu kuat, tempat itu keras adalah sikap minda yang salah dan akan diterjemahkan benar-benar terjadi di dalam kenyataan.

Oleh itu persepsi kita terhadap sesuatu penyakit/perkara adakalanya perlu diubah terlebih dahulu untuk memudahkan kesembuhan.Tidak ada yang sukar jika Allah menghendaki.Semua penyakit sembuh hanya dengan keizinan Allah dan kesusahan kita di dunia menanggung sakit,mencari pusat rawatan @ulangan rawatan yang kadang-kadang sehingga mencapai tempoh setahun atau lebih diharapkan menjadi kafarah dosa dan amat kecil jika dibandingkan dengan kesusahan dan azab akhirat.

Perlu istiqomah dengan rawatan dan kesembuhan sepenuhnya bukanlah perkara mustahil.

Kaedah Rawatan Saka peringkat awal-ruqyah,mandi ais,bekam,baca amalan pemutus saka,zikir pedinding diri berterusan walaupun telah sembuh.

Saka kronik/lama-ruqyah,mandi ais,mandi ais intensif (kekerapan bergantung kepada kes),kerap berbekam,baca amalan pemutus saka,minum madu,baca quran satu juzuk sehari,kurma,minyak habbatussawda,minyak zaitun,rotan(kalau perlu),zikir pedinding diri berterusan,banyakkan amalan sunnah dan dakwah,sedekah ,nazar yang baik,jihad fi sabilillah
-semua amalan ini bergantung kepada kemampuan dan kesungguhan pesakit untuk sembuh.

Saka kronik/lama kadang-kadang mengakibatkan : kanser,batu karang,kencing manis,kudis yang sukar sembuh walaupun disapu ubat krim ,tanda merah pada kulit/betis,pening yang kuat dan lain-lain lagi 


Credit:Sumber

vehicles

[suami][stack]

Pengalaman

[Pengalaman][stack]

Renungan

[renungan][stack]