Slide show

[Horror][slideshow]

Harga Sebuah Kemaafan



Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamua'laikum!

Dunia Seram - Alhamdulillah! Lagi beberapa hari sahaja lagi seluruh umat Islam diseluruh dunia akan menyambut hari kebahagiaan dan kemenangan umat Islam, iaitu Hari Raya Aidilfitri.

In Shaa Allah, entri kedua pada hari ini akan aku ceritakan mengenai harga kemaafan yang tidak ternilai. Jujurnya, aku tidak tahu bagaimanakah caranya untuk aku huraikan mengenainya. Cuma apa yang pasti, setelah apa yang aku lalui, benarlah! Ujian kehidupan ini semakin membuatkan aku berfikir bahawa hidup ini hanyalah sementara.

Harga kemaafan?

Pertamanya, saat aku membuat keputusan untuk menulis mengenai harga kemaafan ini, aku sebenarnya telah pun melalui satu lagi fasa rasa dan emosi yang terumbang ambing. Heh! Jujurnya, bila orang bertanyakan aku rasa yang akan diperoleh dari harga kemaafan ini, dengan penuh selambanya aku suka menjawab:

"Rasa kemaafan ini adalah yang terindah. Kau tahu apa yang mampu membuatkan manusia merasa bahagia dan tersenyum gembira, hati kosong tanpa derita? Jawapannya, adalah memberi dan menerima kemaafan"

Sungguh! Aku tidak tipu! Aku sudah pun merasainya maka untuk apa lagi aku hendak bermanis kata, betul tak? 

Pada hari isnin yang lepas, bersamaan 13 Julai 2015, berlakunya satu peristiwa yang cukup mampu membuatkan hati seorang aku menjadi lentur dan terharu.

"Baiklah, oleh sebab Hari Raya semakin tiba, siapa lagi mahu berucap?"

Semua diam
Tiada seorang pun yang mahu ke hadapan

Jujurnya aku mahu, cuma aku terlalu malu

"Dini?"

Aku terdiam seketika. Nafas aku dihembus perlahan. Tangan digenggam, memohon secebis kekuatan dan harapan. Dengan teragak-agak aku berdiri, menuju ke hadapan dengan derap langkah yang penuh yakin

"Bismillahirrahmanirrahim... Assalamua'laikum w.b.t!"

Sayup, bunyi salam dijawab

Aku teruskan bicara. Dalam bicara itu, aku memohon maaf dengan sepenuh hati dan jiwa. Mata aku memaku satu persatu manusia yang ada. Atas khilaf aku sepanjang bersama didalam perjuangan Ilmu ini, aku ungkapkan maaf dan aku memaafkan setiap daripadanya

Saat bicara aku terhenti pada ayat;

"...Aku minta maaf dan aku maafkan kalian. Aku dengan penuh rendah hati ke hadapan, memohon agar Allah kuatkan hati untuk aku meminta maaf. Aku tidak tahu sampai bila aku akan hidup dan aku juga tidak tahu sampai bila kalian akan hidup. Apa yang penting, aku dambakan kemaafan sebelum aku ataupun kalian 'pergi' kerana aku tak sanggup untuk hidup dalam murkaNya. Kalian maafkan aku, ya?"
Air mata yang tersimpan di pipi serasa mahu menitik. Wajah aku panas, pipi aku memerah, kolam mata aku memanas. Namun aku kuatkan hati. Pandangan aku terus memaku ke hadapan, tidak mungkin untuk aku menoleh lagi.

Dan aku sebut satu persatu nama mereka yang memang sudah sahih sedang memusuhi aku juga terang-terangan nama mereka yang mungkin sedang aku musuhi

Berani?
Entahlah! Mungkin kerana aku sememangnya seorang manusia yang terlalu berani, terlalu jujur serta terlalu lantang dalam berbicara dan mengeluarkan sesuatu pendapat malah tak keterlaluan juga untuk aku katakan, kerana sikap-sikap itu jugalah aku selalu dikecam dan kehadiran aku kadang-kadang tidak disukai manusia sekeliling.

Untuk sikap itu, ternyata ada pro dan kontranya
Heh!

Sewaktu aku melafazkan kata itu, aku lihat ramai manusia yang terkejut. Tidak kurang juga yang tertunduk kerana merasa... Entahlah, mungkin merasa malu ataupun mungkin juga merasa tercabar. Jujurnya, aku tidak tahu. Bukan itu sahaja, tidak terkecuali dengan senyuman sinis mahupun senyuman gembira. Entahlah! Aku tidak mampu meneka apa yang bermain dihati seorang manusia.

Jujurnya, benar rasa sakit itu masih ada. Terkilan dan kecewa, semuanya masih ada. Aku juga manusia biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesalahan yang sama. Aku manusia yang tidak kenal erti sabar dan sabar menghadapi dugaanNya. Kalau boleh, aku memang mahu terus berdendam. 

Tapi, sampai bila?

Apa yang cuba untuk aku sampaikan adalah;
Harga kemaafan sememangnya tidak ternilai. Kau tahu, tabiat meminta maaf juga merupakan salah satu daripada tabiat yang mampu melatih seorang manusia untuk menjadi seorang yang rendah diri, kurang panas baran dan rendah dengan sikap ego yang melampau?

Sebab itu aku katakan, tak rugi pun untuk kita yang memulakan kata maaf

Sebab apa?

Percayalah!

Harga kemaafan mampu memberi satu rasa yang pelbagai untuk kita hayati dalam hidup ini. Sungguh rasanya tidak mampu untuk aku ungkapkan.


Kita Memaafkan Untuk Melupakan
Kita Memberi Untuk Menerima
Semuanya Saling Berkait, Bukan?
:')

Cubalah!
Nescaya kau akan merasa bahagia!

Buat yang sedang membaca,
Hati manusia tidak pernah menipu. Kita sebagai manusia yang asyik menipu diri sendiri. Kenapa kita perlu menipu sedangkan rasa itu terletak dihati?

Percayalah!

Jauh disudut hati, Allah sebenarnya sudah menaburkan pelbagai rasa suka dan bahagia dihati seorang manusia. Namun, yang menjadi durinya adalah kerana kita menutupnya dengan rasa dendam dan sakit hati yang membara.

Berhentilah!
Kita hanya perlu mencarinya!

Kerana hakikatnya, bahagia itu terletak dihati kita!

p/s: Doakan! Semoga 'projek' terbaru saya yang akan datang, akan dihitung oleh Allah sebagai amal jaria'h dan tabungan pahala untuk masa hadapan saya, In Shaa Allah! Buat yang membaca, doakannn... Saya tidak mampu memastikannya lagi kerana semuanya masih dalam perancangan. In Shaa Allah! Moga dengan doa' kalianlah, semuanya akan berjalan dengan lancar, Aaamiiinnn... Terima kasih! :)

Semoga Allah Redha!
Fi Hifzillah!
Salam Semanis Ukhuwahfillah!
Assalamua'laikum!

(Cik Cahaya_Agamaku)
Credit:Sumber

vehicles

[suami][stack]

Pengalaman

[Pengalaman][stack]

Renungan

[renungan][stack]