Slide show

[Horror][slideshow]

Kisah Seram - Pemuda Berkasih Dengan Pontianak.

 Image result for resepi hantu seram



Dunia Seram - Hantu tidak wujud namun Syaitan dan Iblis telah berjanji untuk menyesatkan manusia.
Hantu dalam masyarakat Melayu seringkali digambarkan sebagai makhluk ghaib yang menjelma dengan rupa yang menakutkan.
Sesetengah orang Melayu mengatakan bahawa hantu itu berasal daripada roh orang mati yang tidak tenteram disebabkan sesuatu hajat yang belum selesai seperti untuk membalas dendam
ke atas orang yang masih hidup.
Antara jenis hantu yang sering dikaitkan dengan orang yang
meninggal dunia adalah hantu pontianak,hantu kubur,hantu pocong,hantu langsuir dan lain-
lain.
Ada sesetengah orang Melayu
menggunakan istilah 'roh kembali' terhadap beberapa fenomena mistik yang berlaku dalam
masyarakat sehingga ada sesetengah pembikin drama dan filem pula menjadikannya sebagai
modal untuk menjual filem dan drama mereka.
Dalam Islam,hantu seperti mana yang dipercayai oleh masyarakat Melayu itu sama sekali tidak
wujud.
Sebaliknya,daripada perkhabaran al-Qur'an dan al-Sunnah didapati apa yang diperkatakan oleh masyarakat Melayu itu tiadakena mengena langsung dengan roh orang mati sebaliknya ia adalah Iblis,jin dan syaitan.
Kisah Seram yang ingin di kongsikan Ini di terima melalui email oleh seorang pembaca.
Syafik,23 tahun berasal dari sebuah daerah di Terengganu,
beliau merupakan seorang pelajar IPTA Dalam jurusan perakaunan di Ibu Kota Kuala Lumpur.
Syafik mempunyai seorang teman Wanita di terengganu tempat kelahirannya.
Syafik sudah lama berhubungan dengan Reena teman wanitanya sejak di tingkatan 5 lagi.
Perhubungan mereka amat rapat sekali sehinggalah syafiq terpaksa menyambung pelajarannya di Kuala Lumpur mereka masih tetap berhubung bersama Reena.
Kisahnya bermula sewaktu syafiq menghubungi kekasih hatinya untuk memberitahu bahawa dia akan pulang ke terengganu tidak lama lagi bagi menghabiskan cuti semester.
"Kenapa ni sayang??macam tak suka je bie balik??.."Luah syafiq di hujung talian sewaktu menghubungi kekasihnya.
"Bukan tak suka...tapi...emm..lupakanlah.."jawab Reena seperti acuh tak acuh.
Jawapan yang di beri reena terhadapnya membuatkan dia tidak berpuas hati dan fikirannya mula terbayang yang bukan-bukan tentang Reena.
"Dia dah ada orang lain ke??ishh serabut betul..."ujar syafiq di dalam hatinya sendiri,sehingga merasa tidak sabar untuk pulang ke kampung dengan segera.
Cuti Semester pun tiba dan syafiq berangkat pulang ke kampung dengan menaiki bas ekspress.
Setibanya di kampung halamannya
Kebiasaan ibu bapa serta adik beradiknya yang lain pasti kecoh menyambut kepulangannya.
Namun,tidak pada cuti semester kali ini.""Eh!apasal eh semua buat aku macam ni??,,aku ada buat silap ke,.??"soalnya di dalam hati.
Dua hari berlalu namun,Reena tidak pula berkunjung seperti selalu setiap kali dia pulang ke kampung.
Lebih pelik Reena langsung tidak mengangkat panggilan serta membalas mesejnya.
Malam itu,sedang syafiq leka berfikir tentang reena, tiba-tiba isyarat mesej masuk berbunyi pada telefon bimbitnya.
"Bie,maafkan sayang,..kita takkan jumpa lagi selepas ni,.."
Mesej yang tertera di telefon bimbitnya itu sangat menyentap hati!dan syafia cepat membalas mesej tersebut.
"Tapi kenapa???apa salah saya??atau awak sudah ada yang lain??siapa lelaki tu!!awak cakap dengan saya!!.." balasan mesej syafiq kepada Reena.
Tidak lama kemudian Syafiq pula menerima balasan mesej dari Reena yang berbunyi,.
"Saya sayangkan awak hingga ke akhir hayat..awak lelaki terakhir yang saya sayang..hanya satu permintaan saya..relakan perpisahan ini.."balasan mesej dari Reena amat melukakan sekali hati seorang lelaki seperti syafiq.
Dan syafiq membalas mesej tersebut..
"Kita harus jumpa sekarang!di tempat biasa!!saya tunggu awak di situ..kalau benar awak mahu berpisah!!saya mahu dengar sendiri dari mulut awak sendiri dan mata ke mata!!saya gerak sekarang saya tunggu di situ!!"balas syafiq sambil kakinya melangkah laju keluar dari rumahnya.
Keluarganya memandang pelik kerana kebiasaan jika syafiq mahu keluar pasti dia akan meminta izin terlebih dahulu.
Maka syafiq pun terus melangkah hingga sampai ke tempat yang dia selalu bertemu reena sebelum ini bezanya dia dan reena tidak pernah bertemu pada waktu malam.
Dari 10 minit hingga ke 2 jam syafiq menanti kehadiran reena,namun kelibat reena langsung tidak kelihatan.
"Ahh!!tak boleh jadi ni apa nak jadi jadilah!!aku harus pergi rumah dia!!"
Bentaknya di dalam hati,kemudian syafiq melangkah laju menuju ke rumah Reena.
Sewaktu tiba di halaman rumah Reena,syafiq terpandang reena sedang duduk di buaian yang ada di situ.
Takkala syafiq menghampiri reena,reena bangun dari buaian yang di naiki lalu reena berlari masuk ke dalam rumah.
Syafiq tidak berputus asa baginya dia hanya mahu dengar dari mulut reena sendiri.
"Assalamualaikum.....Reena tolong lah jangan buat saya macam ni ..keluarlah reena...Reenaa...
tolonglah keluar reena.."ucap syafiq dengan nada yang kuat.
Tidak berapa lama kemudian ibu bapa reena membuka pintu rumah itu.
"Eh..syafiq...kenapa ni..."soal ibu reena dengan wajah kehairanan.
"Makcik..saya perlu bertemu reena,.izinkalah saya berjumpa dengan reena..."jawab syafiq dengan nada sedih.
"Bawa mengucap shafiq,..Reena kan tak ada...
Belum sempat ayah reena menghabiskan kata-kata syafiq telah bersuara..
"Jangan tipu saya pakcik!makcik!baru kejap tadi reena masuk dalam rumah!..apa salah saya sampai semua orang buat saya macam ni.......tolonglah pakcik..makcik saya mahu jumpa reena..."Rayu syafiq dengan linangan airmata.
"Syafiq,.bawak bertenang nak.."tiba-tiba kedengaran suara ibu syafiq di belakang.
"Ibu..tolong syafiq..syafiq nak jumpa reena...."tangis syafiq amat meruntun jiwa pada situasi masa itu.
"Syafiq..bawa mengucap nak...sebenarnya kami takut nak beritahu kamu tentang reena..."ujar ayah syafiq.
"Beritahu apa??nak beritahu yang reena dah kahwin dengan orang lain!macam tu!!",.suara syafiq agak kasar pada situasi yang semakin tegang.
"Syafiq..dengar cakap pakcik,..Reena sudah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya.."beritahu pak hussein ayah reena dan kata kata dari pak hussein membuatkan syafiq tidak percaya.
"TIPU!!!,,TIPUU!!SEMUA ORANG TIPU!!TUNJUKKAN BUKTI!!"
Perasaan shafiq tidak dapat di kawal lagi sehingga membuatkan dia meninggikan suara.
Kemudian mak leha ibu reena masuk ke ruang rumah dan keluar semula beberapa saat sambil tangannya memegang surat khabar.
"Syafiq,makcik harap kamu sabar dan tabah"..kata mak leha sambil menghulurkan surat khabar kepada syafiq sambil di perhatikan oleh pak hussein serta kedua ibu bapa syafiq.
"REEENAAAAA!!!tadi ....reena ....masukkk....Tipu...tii..."ujar syafiq tersekat-sekat dan tiba-tiba dia jatuh pengsan.
Shafiq di bawa pulang kerumah dan sejak itu dia berubah menjadi seorang yang pendiam serta mengalami tekanan emosi sehingga dia tidak lagi dapat meneruskan pembelajarannya di IPTA.
Setiap yang hidup pasti ada kisah serta jalan ceritanya yang tersendiri,dan kisah seram ini mungkin sebahagian dari satu cerita rekaan atau pun memang pernah berlaku.
Namun hakikatnya Tiada Hantu
yang wujud melainkan syaitan dan iblis yang telah berjanji untuk menyesatkan manusia.
Sabda Rasulullah SAW:�Tidak ada hantu�( laa ghuula ),iaitu tidak dapat menyesatkan seseorang.
Hal itu dikuatkan oleh hadith yang lain: �Tidak ada hantu,namun ia adalah al-sa�aali (tukang-tukang
sihir di kalangan jin)�.Para ulama berkata:al-Sa�aali adalah tukang sihir daripada kalangan jin,iaitu kalangan jin mempunyai tukang sihir yang dapat mengelabui mata dan membuat khayalan atau halusinasi�. Sahih Muslim (14/214)
dengan Syarh al-Nawawi.


Credit:Sumber

vehicles

[suami][stack]

Pengalaman

[Pengalaman][stack]

Renungan

[renungan][stack]