Slide show

[Horror][slideshow]

Cerita Hantu - Serba Merah



Wanita Serba Merah di Johor bahru

Dunia Seram - Saya Lan dari Pasir Gudang, ingin berkongsi pengalaman seram bersama
pendengar2 lain. Ceritanya begini. Selepas saya menduduki peperiksaan
SPM, saya telah bekerja dengan peniaga di pasar malam. Saya bekerja
beberapa bulan sementara menunggu keputusan peperiksaan diumumkan.

Ada dua orang lagi kawan saya iaitu Ijat dan Udin turut sama bekerja
dengan peniaga tersebut yang kami panggil dengan nama Abang Man.
Biasanya kami akan memulakan perniagaan di pasar malam sekitar jam
4:30 petang sehingga jam 10:30 malam. Entah macamana pada satu malam
jualan kami cepat habis, dan Abang Man mengarahkan kami berkemas awal
iaitu sekitar jam 9:00 malam.

Setelah semua barang2 siap dimasukkan ke dalam van kami pun berangkat
pulang tetapi Abang Man tidak terus pulang ke rumah, sebaliknya terus
membawa kami singgah di sebuah warung menjual Sate. Abang Man mengajak
kami makan Sate. Dia juga ada memesan Sate untuk dibawa pulang untuk
anak dan isterinya.

Sedang kami menjamu selera, tiba-tiba angin bertiup kencang menandakan
hujan akan turun bila-bila masa saja. Kami berempat dengan segera
menghabiskan Sate dan minuman. Abang Man mengarahkan kami memasuki van
sementara dia pergi membayar makan dan minuman kami. Ketika itu jam
telah menunjukkan pukul 11:30 malam.

Setelah Abang Man memasuki van dan menghidupkan enjin, dia terus
menekan minyak dan kami pun bergerak pulang. Dalam perjalanan pulang,
hujan gerimis turun dan membasahi permukaan jalan pada malam itu.
Sesekali Abang Man menggerakkan "wiper" cermin van yang mula
menyukarkan pandangannya.

Apabila melalui selekoh berbukit selepas jejantas laluan keretapi,
tiba2 seorang dari kami iaitu Ijat bersuara, "Aikkk tadi angin bukan
main kuat lagi. Ingatkan hujan lebat sangat tapi gerimis jer�'' Saya
hanya diam tetapi Udin pulak mencelah, "Hujan gerimis malam2 macam ni
hantu suka keluar� Hehehe..." kata Udin sambil ketawa kecil.

Abang Man masih memandu dengan berhati2 ketika melalui selekoh yang
agak licin dan gelap itu. Tiba-tiba kami terpandang susuk tubuh
melambai-lambaikan tangan agar kami berhenti. Sebaik van kami
menghampiri susuk tubuh berkenaan, Abang Man pun memperlahankan van,
dengan jelas kami dapati ia adalah seorang wanita Cina, wajahnya
sangat putih sambil tersenyum dengan gincu merah dan berpakaian serba
merah dari baju, seluar, tas tangan dan kasutnya semuanya merah.
Pakaian wanita tersebut juga tak ubah seperti pakaian fesyen 70an.

Entah kenapa tiba2 Abang Man menekan minyak dan terus memecut laju,
kami terkejut lalu saya bertanya, "Apasal Abang tak berhenti tadi?
Mungkin Amoi tu nak tumpang agaknya. Kesian dia, dah malam2 macam ni
bas dah tak ada, teksi pun jarang2 lalu, hujan pulak tu..." Jawab
Abang Man, "Abang rasa tak sedap hati lah. Lain macam aje Amoi tu..."

Setelah hampir setengah kilometer meninggalkan Amoi tersebut,
tiba-tiba terbau colok dan lilin yang digunakan orang2 Cina untuk
bersembahyang, menerjah ke hidung kami berempat lalu Udin pun berkata,
"Eh, bau apa ni? Macam bau colok ajer?" Abang Man pula terus
meninggikan suara, "Dah jangan ditegur, kalau tak tahan tutup aje
hidung kamu..." Ketika itu jugalah pengunci pintu van kami bergerak
turun naik dengan sendirinya, seperti ada orang ingin memasuki ke
dalam van yang kami naiki.

Kami bertiga saling berpandangan antara satu sama lain tetapi tidak
berkata apa2. Abang Man pula membaca ayat2 suci dan menyuruh kami
membaca sama. Apabila salah seorang dari kami iaitu Ijat, membaca Ayat
Kursi dan melaungkan azan serta-merta gangguan dan bau colok berkenaan
hilang.

Kami memasuki simpang menuju ke rumah Abang Man dan kami bersyukur
tiba dengan selamat. Semua barang kami keluarkan dari van pada
keesokan harinya saja. Pada malam itu saya, Ijat dan Udin tidak pulang
ke rumah masing2 tetapi menumpang tidur di rumah Abang Man kerana
masih lagi ketakutan.

Sekian�

vehicles

[suami][stack]

Pengalaman

[Pengalaman][stack]

Renungan

[renungan][stack]