Cerita Seram - Hantu Di Ofis

Image result for hantu

Dunia Seram - Sepanjang 4 tahun saya berkecimpung dalam dunia bisnes, sudah pelbagai
onak dan duri yang saya lalui. Tak tau lah bagaimana ranjau yang
dilalui oleh mereka yang telah berkecimpung dalam dunia bisnes selama
30 - 40 tahun atau lebih daripada itu. Tak dapat nak bayang. Apatah
lagi dengan pelbagai ujian yang datang jika kita hendak mencari rezeki
melalui jalan yang halal. Ada orang mintak itu, ada orang nak bagi
yang ni, ada yang menipu, permasalahan riba dan maca-macam lagi.

Jalan yang haram nampak begitu mudah.

Percaya atau tidak, antara ujian yang saya pernah lalui ialah
berhadapan dengan makhluk Allah yang dinamakan 'jin'. Bahasa pasarnya
kita panggil 'hantu'. Kita tidak perlu menafikan wujudnya makhluk
Allah ini kerana Allah sendiri telah menceritakan mengenai mereka di
dalam Al-Quran. Ya, seperti tajuk di atas, memang betul ada hantu di
ofis kami.

Pengalaman saya yang pertama berhadapan dengan hantu adalah ketika
menyewa ofis di Desa Pandan, Kuala Lumpur. Banyak kali telah berlaku,
ketika saya sedang membuat kerja di hadapan komputer, sering
kedengaran paip air di bilik air sedang diguna orang. Bahagian pantri
ofis kami pula terdapat pintu koboi (macam dalam game Western Bar tu
la). Banyak kali saya terdengar pintu koboi tersebut di tolak-tarik.
Bila ditolak atau ditarik, spring pada pintu koboi tersebut akan
berbunyi. Sebab tu saya tau bila ada orang masuk ke pantri ataupun
tidak. Namun kebiasaannya, bila saya pergi untuk melihat, tiada
sesiapa di kawasan tersebut.

Bukan setakat itu, pintu masuk utama ofis juga sering kedengaran orang
membukanya. Tapi bila di jenguk, tiada sesiapa pun. Dan sekali sekala,
terdengar bunyi derapan seperti orang berlari dengan menghentak-hentak
kaki dari belakang ke bahagian depan ofis. Saya juga biasa datang ke
ofis pada waktu malam dan buat kerja sehingga pukul 2-3 pagi. Ada
kalanya saya tidur terus di ofis. Lepas subuh, baru pulang ke rumah.
Saya akui, pernah beberapa kali sewaktu sedang tidur, saya terjaga
kerana terasa seperti ada orang menyentuh pipi saya. Ada kalanya
terdengar bunyi derapan kaki dan bunyi orang membuka pintu masuk ke
bilik saya. Namun seperti biasa, bila bangun dan melihat di
sekeliling, tiada sesiapa yang ada.

Pernah sekali suatu malam, berlaku black out. Lepas black out je,
tiba2 kedengaran hentakkan kaki yang begitu kuat dan pantas,
"BOOM!BOOM!BOOM!BOOM!BOOM!BOOM!�" dari belakang ofis hinggalah ke
depan ofis. Saya hanya terdiam dan berfikir�. "Mana mungkin ada orang
boleh berlari dengan begitu pantas dan menghentak begitu kuat dalam
keadaan gelap gelita??!!"

Sebenarnya, semua fenomena yang berlaku di atas saya buat endah tak
endah je pada mulanya. Saya hanya ingat itu semua hanya bayangan saya
semata-mata. (secara jujur, sebenarnya saya tak rasa itu semua hanya
banyangan. Cuba psycho diri sendiri actually. Dan memang saya tak
pernah bercerita pada sesiapa pun pada waktu itu tentang apa yang saya
alami) Sehinggalah rakan sepejabat membawa seorang ustaz yang mahir
berkenaan permasalahan jin ni. (rupa-rupanya dia juga perasan seperti
ada 'sesuatu' di ofis kami)

Setelah 'diperiksa' memang ustaz tersebut mengakui bahawa di ofis
kami, ofis di atas dan di sebelah merupakan 'port' makhluk2 ni sejak
bertahun-tahun lamanya. Namun, mereka ini bukanlah jenis yang agresif
ataupun jenis yang 'dihantar' oleh orang2 yg dengki dan menggunakan
sihir terhadap kami. Itu memang territory mereka sejak sekian lama.
Lepas dah kene sebijik, baru la nak take them seriously. Nak tau apa
yang saya dah kene? Teruskan membaca�

Peristiwa kemuncak yang benar2 menguji keimanan saya telah berlaku
pada satu malam. Waktu tu lebih kurang jam 2 pagi. Saya sedang
menghadap laptop dan ada satu botol air mineral kosong di sebelah
kanan laptop saya. Sedang saya asyik membuat kerja, tiba2 botol
tersebut telah bergoyang-goyang dengan 'sendiri'�.

Saya terus terkaku.

Jari-jemari yang tadi begitu ligat menaip kini terus freeze! Jantung
sudah mula nak berdegup pantas. Namun saya beranikan diri untuk
memegang botol tersebut supaya berhenti bergoyang. Saya angkat dan
lihat tapak botol tersebut. Mungkin kerana ada kemik di mana2
membuatkan ia tidak stabil dan bergoyang-goyang. Namun, memang tidak
ada! Puas saya meneliti. Saya periksa pula pada bahagian meja. Memang
tidak ada apa2 yang boleh membuatkan botol tersebut tidak stabil dan
bergoyang-goyang.

Saya masih tabah. Saya letak kembali botol tersebut di tempat yang
sama dan merenungnya dengan tepat. Saya cuba pastikan, adakah kerana
saya sudah mengantuk atau pun mungkin botol tersebut bergoyang
disebabkan ada angin� (what the heck? Angin apa kat dalam ofis yang
tertutup camtu?)

Sekali lagi!!! Botol tersebut bergoyang dengan 'sendiri' di hadapan
mata saya!!! Arrggghhhh!!! Yang pertama tadi mungkin hanya ilusi. Tapi
kalau dah yang kali kedua�dalam keadaan saya sedang tenung tepat pada
botol tersebut�.mustahil la sekadar ilusi!

Dan�kalau botol yang bergoyang tersebut berada begitu dekat dengan
saya, sudah pasti hantu yang menggoyangkan botol tersebut berada DI
SEBELAH SAYA!!! Arrgghhhh!!

Apa lagi�bulu roma satu badan berdiri tegak tak ingat la. Jantung
pulak mula berdegup kencang. Mula la baca ayat Al Kursi dan taa'wuz
banyak2. Waktu tu mula la terbayang�"Tadi dia berani 'show off'
existence dia kat aku dengan goyangkan botol, jangan la pulak jap lagi
dia jelmakan diri dengan wajah dia yang sebenar�.oh nooo�rambut
panjang? Gigi taring? Mata satu? Sambil senyum kat aku? or worst than
that? Oh noooo�..ya Allah�janganlah Kau uji aku dengan sesuatu yang
tidak mampu aku menghadapinya. Iman aku lemah. Belum tentu aku mampu.
Tak yah nak berlagak power lah�aku mengaku iman aku lemah�tolong ya
Allah�."

Haha�.lepas tu apa lagi�terus packing and balik rumah la.

Yang terkini, lagi sekali kami dimaklumkan oleh seorang ustaz tentang
kewujudan 2 'ekor' hantu di ofis kami di TTDI. Satu suka 'port' kat
hujung sofa di bahagian entrance dan lagi satu suka 'port' kat bilik
meeting. Sebelum ni pulak, (sebelum dapat tau ada hantu kat ofis TTDI
la) saya memang biasa baring di sofa tersebut pada waktu malam. Cheh!
Kacau betul la diorang ni. Tempat favourite aku gak yang korang nak
port!

Ustaz tersebut menasihati kami agar selalu melakukan upacara
'exorcism' di ofis dengan melaungkan azan dalam keadaan semua pintu
dan tingkap terbuka. Dia nasihatkan kami agar buat begitu sekali
setiap minggu secara berterusan.
loading...