Slide show

[Horror][slideshow]

Cerita Hantu - Gula-gula putih ke tu??

 Image result for Pocong putih ke tu??

Assalammualaikum...

Dunia Seram - hai hai haiii.. ni pengalaman aku masa zaman muda mudi dulu (read: kanak2 ribena)

abah aku ni kan suka sangat bercerita kat aku. cerita hikayat, cerita lagenda, cerita dongeng, cerita tipu.. pedulik hape aku kalau kena tipu pun. bukannya aku tau. masa tu kan kecik lagi kan? Hahaha

satu hari tu aku & adik2 melepak kat bilik mak abah aku. mak tengah lipat baju kat tepi katil. abah pulak kat atas katil baring2 dgn anak2nya sambil bercerita & berteka-teki. hahaha teka-teki yg mengarut2.. abah aku layankan je anak2 dia yg entah hape2 ni. i love u abah!

nak dijadikan cerita.. tengah syok2 mengarut dgn abah & adik2. aku baringla menghadap tingkap. pastu kaki aku landing baik punya kat dinding bawah tingkap tu. sambil kaki tersebut berjoget riang.. ekceli tingkap bilik mak abah aku ni jenis sliding. tapi cerminnya x jernih.. cerminnya jenis legap. faham x? cermin kaca tu macam cermin biasa. tapi x jernih. x boleh nampak ke luar, x boleh nampak ke dalam. cuma boleh nampak bayang & warna je. imejin la sendiri ye dalam pada itu aku terlihat bayang berwarna putih (pehh ayat. menangis sasterawan negara). melompat-lompat melintasi tingkap bilik. bilik mak abah aku ade 2 set tingkap. 1 set ada 2 sliding tingkap. saiz 1 sliding tingkap tu je dah sedepa dewasa saiznya. so total saiz tingkap bilik tu adalah 4 depa dewasa. besar tau. panjang 2 set tingkap tu pun sebelah menyebelah je. faham x? aku x reti nak explain.. aku perhati je.. dari penjuru tingkap sini sampai penjuru tingkap sana.. (kaki aku kat tengah2 sliding tingkap ke 3). benda tersebut cuma buat 3 kali lompatan je. kalah atlet lompat jauh olimpik tau

memang ak perhati je sampai benda tu habis melompat. pastu baru aku tersedar. aku terus melompat bangun nak bukak tingkap. aku nak tengok la jugak amende kah yg telah melompat itu. tapi abah aku halang. dia cakap jangan bukak sebab dah malam. x elok.heh. terbantut dah niat aku. tapi aku tengok muka mak & abah aku pun memang dah lain. macam sembunyi kan sesuatu. handal pulak aku masa tu boleh baca air muka orang kan? tapi memang x tipu hoihh. terus mak aku suruh kami adik beradik keluar bilik suruh main kat luar (read: bukan luar rumah. tapi luar kat ruang tamu)

seterusnya.. tersebar 1 kampung orang nampak gula-gula (read: pocong) melompat-lompat tanpa segan silu dari rumah ke rumah. ramai yg dah nampak. gula-gula tu tawaf dari rumah ke rumah. xtau la dia nak carik apa. pastu aku dah x dengar apa2 cerita dah pasal gula-gula tu. sebab kecik lagi kan. mana nak ambik tau sangat

sekian terima kasih

Credit:Sumber

vehicles

[suami][stack]

Pengalaman

[Pengalaman][stack]

Renungan

[renungan][stack]